Projek-projek yang di rancang ini adalah bagi tujuan menyahut seruan baginda Rasulullah SAW yang menyatakan 9/10 rezki itu adalah dari perniagaan.Ianya juga selaras dengan sunnah baginda yang sedari kecilnya telah berdagang ke negeri Syam. Situasi baginda ketika itu selaku anak yatim piatu yang berjaya dalam bidang perniagaan akan memberi inspirasi dan semangat kepada anak-anak yatim di bawah naugan Rumah Sinaran Kasih.
Bukan hanya sekadar berniaga atau suatu aktiviti, tetapi ianya juga sebagai ilmu kemahiran dan pendedahan kehidupan agar mereka boleh berdikari dan berhadapan dengan dugaan hidup yang semakin mencabar setelah mereka dewasa nanti
Disamping itu juga ianya boleh menambah pendapatan bagi menampung perbelanjaan harian dan semasa RSK khususnya dan bagi mereka-mereka yang memerlukan insya Allah.Maka diantara projek yang ingin dibuat ialah:
1. BAKERI SINARAN KASIH
- Setakat ini ianya telah pun bermula secara kecilan dengan mengedar ban ke sekolah dan ke kedai -kedai makan.
- Kami bercadang untuk membuka sebuah kedai sebagai mengisi ruang ibu tunggal yang tidak ada mata pencarian, juga pendedahan ilmu amali anak-anak puteri di bidang ini.
2. NURSERI BUNGA ORKID
- Memandangkan bukan sekadar hiasan landskap di Rumah Sinaran Kasih, ia juga boleh dibuat jualan amal bagi mereka-mereka yang datang berkunjung ke RSK.
3. PUSAT PENGAJIAN AL-QURAN, FARDHU AIN DAN BAHASA ARAB
- Pihak RSK merasakan bertangungjawab untuk membuka pusat pengajian ini bagi mengisi kewajipan Fardhu Ain kepada masyarakat setempat dan amnya.Setakat ini telah diadakan untuk anak-anak RSK dan setempat sahaja.
4. PUSAT PENTERNAKAN DAN PERTANIAN
- Pusat ini ingin ditubuhkan bagi menyusuri kehidupan sunnah Rasulullah SAW sebagai bapa kepada seluruh anak yatim, yang sedari kecilnya telah menternak kambing.Latihan ini telah Tuhan sediakan kepada baginda agar baginda dapat menguasai ilmu masyarakat dan ilmu kepimpinan yang amat diperlukan sebelum baginda diangkat menjadi Rasul.Maka latihan,dan corak pendidikan yang sama pada target golongan yang sama, kami mengharapkan terhasillah satu golongan anak yatim yang bukan sahaja mampu menguruskan dirinya dimasa hadapan namun juga bakal menjadi aset Negara dan sebagai pelapis kepada kepimpinan masa hadapan.
No comments:
Post a Comment