Rumah: Lambang tempat perlindungan dan kasih sayang
Sinaran : Dengan harapan anak-anak ini mendapat manafaat dari kita yang dianugerahkan dengan bermacam-macam nikmat.Moga ianya dapat menyinari kehidupan golongan yang memerlukan terdiri dari Asnaf Zakat, Anak Yatim, OKU.Ianya juga menjadi saham untuk kita di Akhirat kelak dalam mengusahakan amal-amal Taqwa. Firman Allah: “Tambahkanlah amalan,sebaik-baik amalan adalah Taqwa.”
Justeru anak-anak yatim, fakir miskin adalah anak-anak kesayangan Allah dan Rasulullah, sesiapa yang mengasihi, membela serta menyinari kehidupan mereka akan mendapat ganjaran yang besar disisi Allah dan RasulNya. Oleh itu marilah kita bersama-sama memberi sinaran kasih sayang kepada mereka.
Berdasarkan kisah Rasulullah SAW ketika baginda hendak pergi menunaikan solat aidilfitri, baginda terdengar suara seorang anak kecil yang sedang menangis, bila baginda dekati dan menanyakan menagapa si anak itu menangis, maka anak itu memberitahu bahawa dia sudah ketiadaan ayah kerana telah syahid di medan perang.Lantas dengan perasaan yang hiba dan bertanggungjawab, baginda terus mengambilnya sebagai anak angkat.Begitulah Rasulullah SAW sangat mengambil berat terhadap anak yatim.
No comments:
Post a Comment