Sejarah telah membuktikan di mana Rasulullah SAW sendiri dikenali sebagai anak yatim.Malahan para kekasih Tuhan seperti Rasul-rasul dan Nabi-nabi sejak kecil lagi di pisahkan dari ibu dan ayahnya.
Ini adalah kerana orang yang dibesarkan oleh ibu ayahnya selalu bersandar semata-mata dengan ibu dan ayah menyebabkan dia terlupa untuk bersandar dengan Tuhan. Oleh kerana itulah maka orang kecintaan Tuhan telah Tuhan pisahkan daripada ibu dan ayah supaya dia kuat bersandar dengan Tuhan.
Kalaupun ibu dan ayahnya tidak mati sepertimana Nabi Yusuf, tetapi dia tetap terpisah dari ibu dan ayahnya selama 40 tahun. Malahan para Imam seperti Imam Syafie dan Imam Ghazali juga telah terpisah dari ibu dan ayahnya semenjak kecil. Oleh itu, menjadi anak yatim bukan satu penghinaan tetapi Tuhan hendak muliakan.
No comments:
Post a Comment