Create your own banner at mybannermaker.com!

PENGENALAN


RUMAH AMAL SINARAN KASIH (RSK) adalah  sebuah Pusat Jagaan anak-anak yang berkonsepkan rumah pendidikan dan kebajikan.Menaungi lebih  27 orang pelajar yang terdiri dari kalangan anak yatim,fakir miskin, golongan asnaf zakat dan anak-anak yang perlukan  penjagaan dan pembelaan di peringkat rendah.

RSK bernombor pendaftaran PG0256136-V telah memulakan  operasinya pada bulan November 2009 beralamat di No 17, Lorong Merbau Indah 4, Taman Merbau Indah, Sungai Dua,Pulau Pinang. RSK adalah salah satu pusat penjagaan yang bernaung di bawah Yayasan Kebajikan Dan Perkhidmatan Perubatan  MalaysiaYKPPM 4700/90(SEL).

BORANG SUMBANGAN / DERMA/ ASNAF ZAKAT

BORANG SUMBANGAN / DERMA/ ASNAF ZAKAT


Nama/ syarikat:_________________________________________________________________

Alamat :_________________________________________________________________

Telefon :_________________________________________________________________
Saya/ Syarikat saya bersetuju untuk menyumbang kepada RUMAH SINARAN KASIH seperti (tandakan yang berkenaan)

T.tangan :-__________________________________

Wang tunai/ Cek Berjumlah :
_________________________________________________________________

 Am Islamic Bank Berhad – RHK MANAGEMENT No: 097 202 200 2643

o Program Penyayang / anak angkat: __________________________________
Menaja sekurang- kurangnya RM 200.00 sebulan untuk keperluan asas seorang anak

Sumbangan akan diberikan secara mingguan / bulanan / tahunan.RSK mengalu-alukan
dan menerima sebarang bentuk bantuan untuk anak-anak ini.

Keperluan harian :
a- Beras, minyak masak, gula, tepung, telur, ikan bilis, milo, susu, biskut, bebawang, kentang, sayuran, daging, ayam, buah-buahan dsb.

b- sabun basuh, sabun mandi, syampu, ubat gigi, pencuci lantai dsb.
Pakaian (Baru atau Terpakai)
Peralatan Pejabat : ( Baru / Terpakai ) Komputer, mesin faks, meja, kerusi, white board, rak buku, almari pakaian, sofa.
Perlatan Rumah : Mesin basuh, katil 2 tingkat, almari pakaian, rak buku, TV, kipas berdiri , air-cond, karpet, bantal, cadar, langsir dll
Kenderaan : Kereta, van atau bas. ( Untuk pengangkutan ke sekolah, menghantar barang-barang ke rumah anak yatim dan fakir miskin, mengambil barang-barang dari rumah penyumbang, kegunaan di waktu sakit , menghadiri jemputan dan urusan lain-lain yang berkaitan.
(Sekiranya barangan yang disumbangkan melebihi keperluan, RSK akan mengagih-agihkannya kepada pihak yang memerlukan bantuan seperti asrama-asrama kebajikan yang lain, sekolah tahfiz /agama, ke rumah individu yang dikenalpasti perlukan bantuan.)

Sumbangan untuk pembangunan: memasang jubin lantai, papan tanda di simpang jalan, tangki air pagar, pondok rehat, pokok-pokok lanskap, bumbung asbestos atau genting, memasang awning dan lain-lain kerja untuk menambah bilik air dan pembangunan RSK. Kerja-kerja ini sedang diusahakan dari masa ke semasa sebaik sahaja mendapat dana yang mencukupi
.Semoga segala sumbangan yang dihulurkan mendapat rahmat Tuhan dan dinilai sebagai ibadah. - Pihak Pengurusan RSK

SENARAI NAMA PENGHUNI ASRAMA

PELAJAR PUTERI (Banat)

1. Ummu Ainatul Mardhiah bt Amran 7 tahun
2. Nur Fatehah bt Rosli 7 tahun
3. Hananiah bt Zakaria 8 tahun
4. Robiatul Adawiah bt Mohd Ali 8 tahun
5. Amirah Abqariah bt Mohd Habib 9 tahun
6. Ummu Mubarokah bt Amran 10 tahun
7. Masyitah bt Mohd Ali 11 tahun

PELAJAR LELAKI (Aulad)

1. M. Thoriq b. Jelani 12 tahun
2. M. An-Najih b Johan 12 tahun
3. M Amirul Daniel b baharuddin 11 tahun
4. Muhd Fakhrul b Aminuddin 11 tahun
5. Muhammad Mufleh b Faidz 10 tahun
6. Muhd. Fathul Islam b Muhammad 10 tahun
7. Mohd Muflih b Rosli 10 tahun
8. M Ajib b Megat Omar 9 tahun
9.Muhammad Hammad Mus’ab b Jelani 9 tahun
10.Muhd Ariffbillah b Amran 9 tahun
11.Muhd Ghorib b Rosli 9 tahun
12.Muhd Najib b Abdul Latiff 9 tahun
13.Muhammad Saied b Muhd Johan 8 tahun
14.Muhd Asyraf b Aminuddin 8 tahun


SENARAI ANAK-ANAK ASNAF YANG DIDAFTAR ( bersama RSK) :

1.M.Saifuzzman b Habib 6 tahun
2.M.Ammar Yaser b Rusli 6 tahun
3.Nur Khaulah b Amin 6 tahun
4.Umu Hani bt Rosli 4 tahun
5.Muhammad b Zakaria 4 tahun
6.Nur Ajibah bt Suhaimi 3 tahun
7.M. Sith Majdi b.Zakri 3 tahun
8.Atiqah bt Rosli 2 tahun
9.Barirah bt Amin 2 tahun
10.Ummu Ain Syaheedah bt M. Omar 1 tahun

PENUTUP

Tiada yang lebih besar yang kami pohonkan melainkan dari doa-doa Datuk/ Datin Tuan/Puan untuk kami sebagai orang yang diamanahkan ini, moga dengan sokongan padu dari Datuk/Datin Tuan/Puan agar usaha ini dipermudahkan dan diberkati Tuhan dalam segala urusannya.

Segala perhatian, kerjasama, sokongan dan bantuan anda kami dahului dengan terima kasih yang tidak terhingga beserta doa-doa, kerana siapa yang menghiburkan dan menunaikan hajat orang yang memerlukan maka Tuhan pasti tidak mensia-siakannya walau sebesar zarrah.

Sekian, Terima kasih.

Yang memegang amanah,
_____________________
Pn Nisrin Abdul Halim (Pengurus)
0192452235

PENYATA KEPERLUAN BULANAN

ANGGARAN PERBELANJAAN BULANAN


BIL JENIS PERBELANJAAN RM
1. Sewa 650.00
2. Bil Air, Letrik & Telefon 600.00
3. Makan & Minum Rm 6.00 x 30 x 30 orang 5,400.00

4 Barang keperluan diri (sabun, syampu, ubat gigi, dll) 500.00
5. Rawatan kesihatan 200.00
6. Pengangkutan 400.00
7. Pengurusan 500.00
8. Saguhati staf 4 orang 2,000.00
9. Lain-lain perbelanjaan( penyelenggaraan dan kecemasan) 500.00
10. JUMLAH 11,750.00

Hubungi:
Puan Nisrin (0192452235 @ 0134628756)

PERANCANGAN PROJEK RSK

Projek-projek yang di rancang ini adalah bagi tujuan menyahut seruan baginda Rasulullah SAW yang menyatakan 9/10 rezki itu adalah dari perniagaan.Ianya juga selaras dengan sunnah baginda yang sedari kecilnya telah berdagang ke negeri Syam. Situasi baginda ketika itu selaku anak yatim piatu yang berjaya dalam bidang perniagaan akan memberi inspirasi dan semangat kepada anak-anak yatim di bawah naugan Rumah Sinaran Kasih.

Bukan hanya sekadar berniaga atau suatu aktiviti, tetapi ianya juga sebagai ilmu kemahiran dan pendedahan kehidupan agar mereka boleh berdikari dan berhadapan dengan dugaan hidup yang semakin mencabar setelah mereka dewasa nanti

Disamping itu juga ianya boleh menambah pendapatan bagi menampung perbelanjaan harian dan semasa RSK khususnya dan bagi mereka-mereka yang memerlukan insya Allah.Maka diantara projek yang ingin dibuat ialah:

1. BAKERI SINARAN KASIH

- Setakat ini ianya telah pun bermula secara kecilan dengan mengedar ban ke sekolah dan ke kedai -kedai makan.
- Kami bercadang untuk membuka sebuah kedai sebagai mengisi ruang ibu tunggal yang tidak ada mata pencarian, juga pendedahan ilmu amali anak-anak puteri di bidang ini.

2. NURSERI BUNGA ORKID

- Memandangkan bukan sekadar hiasan landskap di Rumah Sinaran Kasih, ia juga boleh dibuat jualan amal bagi mereka-mereka yang datang berkunjung ke RSK.

3. PUSAT PENGAJIAN AL-QURAN, FARDHU AIN DAN BAHASA ARAB

- Pihak RSK merasakan bertangungjawab untuk membuka pusat pengajian ini bagi mengisi kewajipan Fardhu Ain kepada masyarakat setempat dan amnya.Setakat ini telah diadakan untuk anak-anak RSK dan setempat sahaja.

4. PUSAT PENTERNAKAN DAN PERTANIAN



- Pusat ini ingin ditubuhkan bagi menyusuri kehidupan sunnah Rasulullah SAW sebagai bapa kepada seluruh anak yatim, yang sedari kecilnya telah menternak kambing.Latihan ini telah Tuhan sediakan kepada baginda agar baginda dapat menguasai ilmu masyarakat dan ilmu kepimpinan yang amat diperlukan sebelum baginda diangkat menjadi Rasul.Maka latihan,dan corak pendidikan yang sama pada target golongan yang sama, kami mengharapkan terhasillah satu golongan anak yatim yang bukan sahaja mampu menguruskan dirinya dimasa hadapan namun juga bakal menjadi aset Negara dan sebagai pelapis kepada kepimpinan masa hadapan.

ORGANISASI RSK

1. Penasihat
Tuan Hj Ahmad B. Mustaffa
AMN.PJK

2. Pengerusi
Tn Hj Mohd Habibullah Hj Othman

3. Pengurus
Nisrin Abdul Halim

4. Kewangan
Norhayati Samidin

5. Warden Asrama
NurAsyikin Osman

6. Kebajikan
Siti Saedah Yaakob

*GURU-GURU YANG TERLIBAT DENGAN PENDIDIKAN RSK:

1. Hj.M.Habibullah Othman Dirasat Al- Quran & B.Arab Univ.Of
Jordan
2. Pn .Nisrin Abd Halim Ijazah Syariah Univ. Of Jordan , Jordan
3. Pn .Nurasyikin Osman